Sebelum adanya pelbagai jenis peranti yang kita gunakan setiap hari, matahari adalah satu-satunya sumber cahaya biru dan kita hanya terdedah kepada cahaya biru pada waktu siang. Pada waktu malam, cahaya biru ini akan mengganggu jam biologi kita (“the circadian rhythm“). Ini bukan sahaja akan menyebabkan ganguan tidur, kajian juga menunjukkan bahawa cahaya biru akan menyebabkan degenerasi penglihatan kekal.
Cahaya Biru, Tidur, Penglihatan
Jam biologi setiap orang adalah berbeza tetapi puratanya adalah 24.25 jam. Pada tahun 1981, Dr. Charles Czesler dari Harvard Medical School telah membuktikan bahawa cahaya matahari membantu jam biologi menjadi selaras dengan waktu tempatan. Walaupun terdedah kepada sebarang cahaya pada waktu malam akan membawa kesan negatif, kesan cahaya biru adalah paling nyata.
Cahaya biru adalah gelombang pendek yang membawa tenaga yang tinggi. Terdedah kepada cahaya biru untuk masa yang panjang akan merosakkan “photoreceptor” mata kita, iaitu sel retina. Apa yang membimbangkan ialah sel-sel ini tidak akan tumbuh semula. Kerosakan ini adalah kekal.
Tips-tips Pencegahan Cahaya Biru
Peranti yang kita gunakan seperti komputer dan telefon pintar mengeluarkan cahaya biru. Walaupun kita tidak dapat mengelakkan penggunaan peranti pada waktu malam, kebanyakkan peranti mempunyai fungsi menapiskan cahaya biru. Gunakan fungsi ini untuk menjaga mata untuk kekal sihat, terutamanya kanak-kanak yang terdedah kepada peranti sejak kecil.
Windows PC
Window 10 ada built-in fungsi “night light” untuk menapiskan cahaya biru. Anda boleh mengaktifkannya di “Display Setting”
Selain daripada “Night Light”, anda juga boleh gunnakan f.lux. F.lux adalah aplikasi percuma yang boleh muat turan di https://justgetflux.com/. Aplikasi ini lebih canggih kerana ia akan secara automatik menapiskan cahaya biru selaras dengan waktu tempatan.
Android
Samsung: Setting > Display > Blue light filter
Xiaomi: Setting > Display > Reading Mode
Huawei, OPPO: Setting > Display > Night Light
VIVO: Setting > Display > Global Eye Protection
iOS
iOS juga adanya built-in fungsi, “night shift”
Rujukan:
- https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/blue-light-has-a-dark-side
- https://www.theguardian.com/society/2018/aug/09/blue-light-from-phone-screens-accelerates-blindness-study-finds